Pertama kali pensyarah memperkenalkan smart board dalam kuliah kami.
Kami terpaksa menunggu selama lebih kurang 20 minit kerana ketika itu ada gangguan teknikal.
Bila ganguan ini dapat diatasi, kami diberi tunjuk cara oleh pensyarah.
"Wau! canggihnya." Komen saya.
Dengan hanya mengunakan skrin smart board boleh memaparkan gambar, video, menulis dan banyak lagi aplikasinya. Ianya sungguh menarik dan canggih.
Namun terdapat keburukan smart board. Selain dari kos yang tinggi yang mungkin membebankan pihak kerajaan. Jika berlakunya kerosakan mampukah kita membaikpulihkannya? Ataupun ianya akan terbiar bergitu sahaja?
Ianya juga sangat sensitif. Oleh kerana sifatnya yang sangat sensitif ini menganggu kelancaran penggunaannya.
Secara keseluruhan, pada pendapat saya pengunaan smart board kurang efektif. Saya katakan demikian kerana ada perkakasan lain yang mampu beroperasi seperti smart board walaupun tidak mengunakan skrin.
Yang saya maksudkan adalah komputer dan LCD projekter.
Dibawah ini merupakan hasilan tugasan kumpulan kami.
Klik di sini
Dibawah ini merupakan hasilan tugasan kumpulan kami.
Klik di sini
0 comments:
Post a Comment