Pembestarian sekolah adalah satu usaha murni kerajaan untuk melonjakkan minda rakyat Malaysia.
Sekolah Bestari telah dicetus ideanya oleh Pedana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad.
Idea ini sebenarnya bertitik tolak daripada Wawasan 2020.
Setiap pelajar yang mengambil kursus ICT ini dibekalkan dengan dua bahan yang menulis secara terperinci tentang sekolah bestari.
Dari pembacaan saya dapati, usaha ini amat baik dan mempunyai perancangan yang terliti.
Seandainya program ini sukses sudah pasti rakyat Malaysia boleh mendabik dada kerana ketinggian ilmu dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunokasi (ICT).
Namun realitinya perlaksanaan sekolah bestari ini menghadapi pelbagai halangan.
Halangan yang paling besar adalah masalah peruntukan kewangan.
Umum mengetahui kesemua perkakasan ICT memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
Ini kerana negara kita masih belum mampu untuk meyediakan perkakasan dan perisian ICT itu sendiri.
Negara masih lagi bergantung dengan bahan yang dikeluarkan oleh negara luar.
Akibatnya wang kita akan terus mengalir keluar.
Tugasan yang ditugaskan kepada kami secara berkumpulan adalah untuk mengumpulkan maklumat dari Kolej Matrikulasi.
Kami ditugaskan untuk mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh kolej tersebut dalam mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajran.
Selain itu kami juga mendapatkan maklumat sejauh mana ICT dipraktikan seharian dalam kolej tersebut.
Secara keseluruhannya kolej ini ada mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun bukan 100%.
Bagi saya yang lahir pada zaman 60an, perkembangan ini bolehlah dibanggakan.
Jika diimbas kembali ketika saya belajar dikolej 20 tahun lepas, keadaannya amat berbeza.
Ini adalah hasil tugasan dari kumpulan kami.
...smartschool analysis...
Ini adalah hasil tugasan dari kumpulan kami.
...smartschool analysis...
0 comments:
Post a Comment